Saturday, May 28, 2011

persatuan.berpesatuan atau apa

salam saya sering ketawa kalau mendengar ada /terdengar orang bercakap tentang persatuan....macam-macam tujuan dan matlamat untuk menubuhkan persatuan...ada kerana anak bangsa , ada untuk menambah ekonomi penduduk setempat,ada yang cuba bermain dengan api menjolok sarang tebuan yang padahnya diri sendiri.
Persatuan telah kita kenal dari sekolah rendah lagi (PIBG) sapa yang tidak pernah mendengar PIBG di Malaysia ini amat malang orang tersebut...masing-masing berebut nak memegang jawatan dalam PIBG ada yang ikhlas,ada yang nak kejayaan sekolah menunjuk kepandaian,ada yang ingin menaikkan nama(glamour) ada yang bercadang menjadikan tapak di masa hadapan.....sape tak kenal pengerusi PIBG sk..... Semua kenal peramah,pemurah pembahas yang baik tapi sayang hala tuju entah kemana-
Sekolah tak de komputer tak pe cikgu pun bukan nak ajar betul-betul....budak ulu mana nak kenal komputer abis-abis darjah enam je lepas tu noreh getah,bersawah,cari ikan,.....ini rata-rata pandangan masyarakat terutama PIBG dahulu kala.....

Saya bukan nak bangga diri....ayah orang kampung,keluarga susah adik beradik ramai tapi kalau peluang diberi sama rata saya berjaya juga dapat 5A sekolah luar bandar jadi orang pertama dapat 5A riuh satu kampung sk....dah ada pelajar yang pecah rekod.....apa kesannya ?????

Tahun depan 90% cikgu bertukar,semua berebut minta tukar kerana kononnya dah berjaya menaikkan taraf sekolah.....tipu-tipu...dulu sekolah ini hanya menerima cikgu-cikgu yang bermasalah,ada je cikgu yang bermasalah akan dihantar ke sekolah luar bandar --denda kononnya.....kesannya pelajar sekolah sape tahu
sebab ada pelajar cemerlang semua kesalahan diampun mintak tukar semua cikgu boleh tukar sebab dah berjaya.....alhamdullilah pertukaran itu telah menyebabkan pencapaian sk tersebut terus cemerlang tapi yang berlaku di sekolah luar bandar lain..tidak adak yang perasan bahawa makin lemah pelajar ,makin miskin pelajar makin teruk marlah mereka ..nape ini berlaku.....guru bersalah pelajar yang menjadi mangsa...betui ke..entahlah kata Nabil lu pikirlah sendiri.........berlaku lagi ke sekarang wahai pihak yang berkenaan berilah peluang kepada pelajar luar bandar untuik sama-sama mengejar ilmu sebaik mungkin....jangan yang kaya disusui yang miskin disisihi..........komputer ada line elektrikpun takde buat ape...tolonglah bantu anak bangsa kita........

No comments:

Post a Comment